Friday, September 26, 2008

Rahsia Buah Delima ....

Ha ni barang baik punya aku pau dari nadiah (sepupu ipar aku)...kehkehkeh.... thanks nad

  • orang kate makan buah delima nanti anak cerdik
  • orang kate lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit! hihi takkesahlaa..
    Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah.
  • diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila org melihat wajah anak itu, hati akan merasa belas dan kasihan kepadanya.
  • A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns' brains during traumatic births.
  • Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
  • Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  • Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
  • Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
  • Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanker prostat.
  • Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta asam folat yang penting pada tahap awal kehamilan.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
  • Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut

Our baby ......


Yeayyyyyyy!!!!!!!!....... dah masuk 4 bulan dah.....


Monday, September 15, 2008

Ragam mengandung

Masuk harini dah lebey kurang 14 minggu dah kandungan...wife aku teruk muntah2... aritu wife aku dah masuk hospital dah..masuk air.... dua hari pas tu ok jeks...tp smlm dah mcm truk balik.... Dulu doktor penah ck yg sebenanya muntah truk ni sebab KETON.... ape bendanya KETON nih???

Mari kita selidik

Menurut dari salah satu laman web yg aku baca "Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat"

Ada skali tu aku bawak wife g jumpa doktor....doktor kata keton ni sebab muntah byk sgt...so dier dah jadi infection and makin btambah sbb kurang minum air atau makan.... menurut salah satu laman web jugak keton yg banyak memang membuatkan pesakit sentiasa muntah...ape yg nak masuk sume tak boleh...hatta air masak skalipun keluar juga akhirnya....

Ape yang aku n wife berjaya wat masa ni:

1) Masuk wad - ni mula-mula dulu r n masuk air.... byk gak kene masuk so kasi slow sket

2) Air bikarbonat - mule tu aku mcm tak yakin gak... tp wife aku memang lege bile minum air grape atau vanilla coke... doktor kata boleh asalkan ada minum air...tp takleh r berbotol2 kan.... ni just untuk kasi lege sket jek..then boleh try minum air peel fresh takpun apple aloe vera jek...

3) Nandos - yang ni secara teori nya aku tak pasti tp dah berapa kali kami makan wife aku kata memang sedap..mula2 tu aku dok perati gak kot kuar balik kan..tp ok jek nampaknya...dier kata rasenya sedap n kene lak ngan air sparkling epal nandos tuh....

Macam-macam betul ragam mengandung nih...hehehhe

Saturday, September 13, 2008

Pada mulanya.....

Ehhhh...tak ngantuk la plak pas sahur nih....tp xpe r...aku nak layan youtube jap usha2 vids2 yg keliru....hahahha....trus terpk nak surfing bace2 sket2....hal politik...keliru...hal negara...pun keliru.... macam-macam la dunia skang nih...layan sket video-video zaman muda-muda